Wahai empunya diri dan kekasih hati, dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama. Bagaimana tiang rumahtangga nak tertegak kalau solat pun goyah. Buktikan yang diri kita ini sayangkan Allah SWT, bukan sayangkan harta dunia semata-mata. Pada hakikatnya, solat itu adalah urusan ketenteraman jiwa dan hasil daripadanya adalah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Jagalah solat di dalam kehidupan harian kita, walau sesibuk mana sekalipun, solat jangan sesekali kita tinggalkan dengan sengaja, ya sayang. Perkahwinan juga bukanlah perkara yang mudah. Kita kena sentiasa mempersiapkan diri dan dalam banyak-banyak persediaan untuk menempuh alam perkahwinan, persediaan dari segi agama/solat adalah yang paling wajib. 

Mahu pasangan kalian berubah? Mungkin dengan cara percakapan tak masuk akal; masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mungkin cara percakapan kita salah bagi dia. Maka, berdoalah... Sayang dia, kan? Then jadikanlah perasaan sayang tu sebagai motif utama untuk kita berdoa dan terus mendidik pasangan kita. Jangan berhenti berdoa setiap kali kita solat dan di mana saja kalian berada dengan harapan Allah SWT bukakan hatinya untuk berubah menjadi seorang hamba Allah yang soleh/solehah. Sama-samalah kita mendidik diri masing-masing. Kekurangan awak kelebihan saya, kelebihan awak kekurangan saya. Ikhlaskan hati nak pujuk, pupuk kasih sayang untuk mendidik kekasih hati kita.


Jangan putus asa dalam mendidik orang yang kita sayang. Bila sudah putus asa, bagaimana pula ingin mendidik suami/isteri - seorang manusia yang setiap hari kita berjumpa, tidur sebantal, sekatil? Yang dididik pula, sampai bila ingin syaitan menguasai diri? (pesanan ini khas buat diriku, seorang manusia yang sentiasa lalai dan alpa...)

Maka, dengan itu, pilihlah teman hidup yang soleh/solehah. Yang tidak mengheret kamu jauh dari Allah SWT bila-bila masa. Pilihlah teman hidup yang berpegang pada janji dan ikhlas. Takdir itukan adalah ketentuan-Nya. Berusaha sebaik mungkin untuk berpegang pada janji untuk menjaga hubungan. Sekiranya janji tidak boleh ditepati selepas berusaha bersungguh-sungguh, maka itu dipanggil takdir Allah. Cubalah dan pupuklah diri untuk menjadi lebih baik, can you?

Perkahwinan pun adalah satu ibadat, janganlah calarkan ia dengan meninggalkan tiang agama. Jadikanlah hari perkahwinan kita dan hari-hari seterusnya yang paling indah; yang diberkati oleh Allah SWT.

"Solat itu tiang agama. Perkahwinan itu rumahtangga. Kalau solat pun tak dijaga, macam mana nak jaga isteri kita. Bina tiang dulu, barulah tangga..." - Zafierul Syaqir

 Ciri-ciri suami/isteri pilihan: link
Image via Google

I cannot wait to be married. To come home after a long day at work and to simply curl up next to my favourite person in the whole world  To fall asleep next to him and I cannot wait to look at his face everyday and to kiss their nose/cheek when he wakes up and to sit across from him in the morning and talk about our dreams over a cup of hot chocolate. That sound like a grand ol' time.

Ya Allah. Please make April come faster. Please make duá for someone I truly love and care about that Allah guides them and protects them and grants them strength to make it through difficulties and they become successful in all that they do. This person has such a beautiful soul and is so sweet I pray that never changes due to difficulties they may face 


...When you realise you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible...

Self note; When you hug, never let go first because you never know much they need one even when they say let go of me. Just keep it tight.
Image via Google

Assalamualaykum, peeps 

Lama rasanya tak mengemaskini blog yang ditinggalkan sekian lama atas sebab kekangan masa. Kerja sebagai seorang 'scientist', bak kata Dr. Navin, one of our pathologists in the laboratory bukannya mudah. "You are a scientist. You have to act like one!", katanya. Maka dengan itu, hidup mati kami hanyalah untuk berkhidmat untuk negara. Saya masih ingat bagaimana pada mulanya, saya berasa amat sukar untuk membaca agar plates bakteria yang sudah diinkubasi. Bayangkan, saya perlu membaca berpuluh-puluh agar plates pesakit (ada yang kronik dan ada pesakit outpatient) sedangkan pada saat itu saya belum cukup mahir. Mujur ada rakan sekerja yang lebih senior membantu, lebih-lebih lagi dalam aspek klinikal. Betul apa yang selama ini mereka katakan, pengalaman memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi kita hanya perlu mempraktikkan dan sentiasa melakukan supaya kita mahir. Kerja dalam makmal memang memerlukan kesabaran, kecekalan, kekuatan mental fizikal dan yang paling penting kehebatan dalam mengagihkan masa. Bagi yang sudah berkeluarga, tentunya akan memberi lebih banyak cabaran... Ramai saja rakan-rakan yang sudah mula berhenti kerja, sama ada mencari kerja baru ataupun bekerja sendiri. Itulah kehidupan bekerjaya. Masing-masing punya perancangan yang teliti. Setiap hari saya berdoa agar dapat melalui hari-hari saya sebagai seorang ahli mikrobiologi dengan jayanya. Saya sudah pon menjadi tunangan orang. Dalam beberapa bulan lagi akan diijabkabulkan dengan kekasih pilihan hati saya. Harap saya cukup kuat dari pelbagai aspek dalam mengharungi cabaran dan dugaan kelak.

Eh, teremosi pasal kerja pula. Sebenarnya... motif entri kali ini nak menulis tentang diri saya dan buah hati yang sudah pon menjadi tunangku. Alhamdulillah, proses perkenalan kami yang singkat telah membawa kami ke tahap ini. Siapa sangka pada saat hati yang sudah hampir-hampir putus asa, dia datang. Entah kenapa pada hari pertama berkenalan dengannya, hati sangat tenang. Terbuka hati untuk bersembang dan berbincang perihal kerja dan peribadi (seingat saya)... almost everyday kami membalas mesej, even until now, masih lagi sebegitu. Harap lepas kahwin, sayang jangan berhenti bermesej! And who knew that we both pernah tinggal di Kampung Baru dan sekolah agama bersama, but tak pernah terserempak - talking about Allah's plan. Gotta love the surprise, eh. So... after a few times kami ber-texting, diri ini merasa dia ni adalah seorang lelaki yang baik. Even though nakal mana pon dia, I know that deep inside there is a good side of him that I love. And he is actually my first love dan tanpa diselangi oleh mana-mana lelaki. Tidak pernah ada lelaki istimewa lain dalam hidup saya melainkan dia. Biarlah dia saja yang jadi pertama dan terakhir buatku. Walaupun kami tak pernah declare that we are a couple/title, but kasih sayang sesama kami sangat kuat. Dengan kasih sayang itu juga telah membawa kami ke tahap ini, alhamdulillah. 

After a few months berkawan, semua orang advised suruh cepat kahwin. Amboi korang! Kalau tak disuruh pon memang ambo nak kahwin awal juga. Nasib baik dapat restu mama dan daddy. Bila dah restu tu, kenalah cepatkan jodoh pula. Merisik/tunang bulan September, nikah pula pada bulan Disember. Mampu? Tapi lepas beberapa sesi memujuk ayah, dapatlah kata sepakat and ended up pilih bulan Mei, 2016. Walaupun rasa macam tak ready nak kahwin lagi sebab risau tak dapat jadi seorang isteri yang solehah buat dia, sebab rasa macam diri ini masih anak dara pemalas. But sayang, I will do my best for your rounded belly, okay? Sedap ke atau tidak masakan tu, you still have to eat what I cook. Kesian dia... dapat saya yang suka memasak pakai buku resipi, yang suka mandi lambat, yang suka ambil masa lama untuk bersiap, dan yang suka kentut tanpa bunyi tapi bau yang harum keluar. I love you, sayang! But seriously, dah lama pasang niyyah untuk mencari jodoh dan berkahwin, membina dan produce keluarga sendiri - katanya nak ramai anak. Hengko hingat aku kilang membuat anak?... Dan alhamdulillah, akhirnya doaku sudah berjawab. Konon dulu nak kahwin pada umur 25, lepas tu 27... but Allah is the best planner. He already decided what best for both of us. 

So, merisik dan tunang settled. Proses pencarian untuk persiapan majlis perkahwinan pula... I have a lot to share with you but better Nisa tulis pada entri seterusnya since I have written a lot already.
Image via Google

It's not all about love when you want to get married. Tanggungjawab dan komitmen mulai meningkat pada awal perkahwinan dan keadaan menjadi tertekan if they are unexpected or miscalculated. Orang sekeliling akan mulai mengganggu hubungan kamu bersama isteri dan life does not really stop for you to adjust. Apabila kamu mempunyai anak kelak, mereka akan mengkritik and they will likely focus most on your wife for being a bad mother. Will you protect her, para lelaki sekalian? Apabila kamu kehilangan pekerjaan atau wang, adakah kamu masih mengharapkan kehidupan bersama dia? Atau adakah kamu terus hilang harapan pada si dia dan mencari yang lain untuk memulakan hidup yang baru? You might love her now, but if the world turns upside down atau kelam-kabut, then will you too? Sekiranya kamu melalui hari-hari di mana kamu tidak suka atau benci akan dia (and everyone will feel this towards their spouses at some point), adakah kamu masih ingin bersama dia and give from what you can? Bertanyalah pada diri sendiri, kenapa kamu buat semua ini. Perkahwinan bukan untuk cinta, dan ia juga bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan emosi atau seksual kamu. Before anything, ia adalah satu kewajipan. Cinta bukan perasaan; ia satu kewajipan. Pengorbanan adalah kewajipan. Kehidupan adalah kewajipan. Kamu perlu bekerja keras to keep your family together, and sometimes it's your own feelings that you have to fight.

This is a bit of what a husband's job is. Most of the husbands lupa apa yang patut dilakukan oleh mereka when all they hear is people talking about the wife's job. Kita selalu didedahkan bahawa para isteri should run the house while men are for "external affairs", whatever that means. Beringatlah bahawa para suami adalah sebahagian daripada anggota rumah where you put your families in. Tidak boleh membiarkan isteri keseorangan untuk membina keluarga, memberi makan dan minum buat keluarganya, keep the family standing strong, mencintai dan menyayangi keluarga, just so that a stranger of a husband boleh pulang dari "hal ehwal luarnya" itu and feel satisfied! Adakah niyyah untuk berkahwin itu semata-mata kerana ada orang yang boleh menjaga makan, minum dan pakaian kamu sahaja? Okay... you are providing money (actually men are more than ATM machines), which is good, but that is also what you used to do for yourself before marriage. Sesetengah lelaki mengadu bahawa mempunyai keluarga boleh memakan kos yang amat banyak, dan menyalahkan si isteri for treating their kids and families. Agak mustahil buat kamu untuk mempunyai keluarga sendiri sekiranya tidak mahu meletakkan satu tanggungjawab di dalam kehidupan. Terpulang kepada para suami/lelaki untuk membina, melindungi, mengekalkan dan menyayangi... lagipon, the first person you serve before you start your houses is your wives. Kan?


It's striking when you realize how we girls are raised to be mothers and wives by our early twenties sedangkan para lelaki have all the time and luxury to grow and berkahwin bila-bila masa they feel like settling. And it's not like men are doing a spectacular job with all the time they had. Kebanyakan wanita bertindak sebagai seorang isteri dan juga suami di dalam rumahtangga mereka sendiri sedangkan si suami are partially or completely absent from their duties. Wahai lelaki/suami, you need to value yourselves more. Saya tidak membincangkan peranan jantina atau gender roles here; this is about basic family support and care and you really need to do a better job if you really want to start your own families.

Nikah is a contract that transfers responsibilities. Therefore, know the man you are thinking of marrying, and be sure that he is able to take care of you, more than your dad did. Islam empowers women with honour and dignity. Don't settle for anything less. - Nouman Ali Khan
Image via Google

Assalamualaykum, jodohku...

Entah mengapa hari ini aku tiba-tiba merindukan diri kamu. Sejak aku membuka mata dari lenaku, sungguh aku sangat merindukan diri kamu. Berharap pada saat aku terbangun, aku dapat melihat diri kamu di sebelah tubuhku. Sudah menjadi yang halal untuk kamu.

Wahai kamu yang akan melengkapi separuh dari imanku, separuh dari urusan agamaku, yang akan menjadi pembimbingku dalam kerapuhanku. Bagaimana khabar imanmu hari ini? Apakah sudah jauh lebih baik dari semalam? InshaAllah, harapnya begitulah.

Aku selalu menitipkan doa kepada kamu, melalui tangis dan tawa dalam sujud panjangku, wahai engkau jodohku yang masih menjadi rahsia Illahi Rabbi. Aku selalu meminta agar Allah selalu menjaga kamu di sana. Semoga Allah senantiasa membimbing kamu dalam perjalanan panjangmu. Selalu dikuatkan iman kamu dan juga kita, selalu dilebihkan kecintaan kamu terhadap Allah dan Rasul-Nya. Apakah kamu mengucapkan doa yang sama dalam setiap solat kamu? Dalam sujud panjang kamu? 


Di sini, aku senantiasa belajar agar mampu menjadi lebih baik lagi untuk kamu seperti yang mungkin sedang engkau lakukan di sana. Aku ingin menjadi calon isteri yang baik untuk kamu, juga calon ibu yang baik untuk anak-anak kita kelak. Aku ingin menjadi isteri yang mampu memberi kesejukan untuk diri kamu, memberikan seluruh hati dan jiwaku.

Aku tak dapat menjanjikan apa-apa untuk kamu. Tapi inshaAllah, aku punya cinta yang cukup untuk kita berdua. Aku ingin merawat dan menjaga kamu, sebaik aku merawat dan menjaga diriku sendiri. Dan akan aku selalu setia. Selama aku hidup di dunia yang fana ini, aku diajar bahawa kesetiaan adalah harga diri yang harus aku junjung tinggi. Dan sebagaimana aku bersetia, aku percaya bahawa Allah juga akan membantu untuk menjaga hatimu untukku.

Sekarang mungkin kita sudah dipertemukan. Namun, aku meminta kepada Allah semoga kelak saat kita sudah bersedia, aku sudah mampu menjadi seseorang yang boleh dijadikan pendampingmu, sudah bersedia menjadi ibu dari anak-anak kita, sudah bersedia menjadi pendukung ketika kamu memerlukanku, dan semoga kita sudah mampu untuk saling menguatkan serta lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. 

Untuk apa menjalani hidup berdua kalau segala kesusahan dan kesenangan tak dapat dikongsi bersama? Untuk apa kita saling mencintai kalau bukan untuk saling bantu-membantu, merawati, saling menjaga dan bersetia? Bukankah semua itu hakikat cinta yang Allah berikan pada makhlukNya?

Wahai kamu yang aku cintai, jadilah imam dalam solatku...

Ameen.
Image via Google

Selama beberapa tahun, aku mengalami kesukaran dalam melaksanakan solat lima waktu berterusan. Selepas sahaja mengangkat kedua-dua tangan pada takbiratul ihram (permulaan solat), aku sendiri mendapati sukar bagiku untuk menumpukan perhatian/khusyuk and always find myself thinking about other things. Aku juga mempunyai tabiat buruk yang suka skip solat. The thing is, aku tak mahu anggap menunaikan solat itu sebagai satu kerja. Aku mahu melakukannya ikhlas kerana cinta aku terhadap Allah.

Apabila kamu melihat solat sebagai satu pekerjaan, kecenderungan untuk kamu berfikir bahawa kehidupan lebih baik tanpa menunaikan solat adalah tinggi, because you are not doing something you "have to". I think it would be useful sekiranya kamu melihat/memikirkan solat itu dalam cara yang berbeza, and it must be your way, but you must connect to prayer dan jadikan solat itu relevan di dalam kehidupan seharian kamu. Saya akan bagi beberapa strategi bagaimana ingin mendapatkan fokus/khusyuk dalam solat dan jadikan proses mengerjakan solat lebih mudah buat kalian yang mengalami kesukaran dalam menumpukan perhatian.

Pertama sekali, jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. I did this when I was younger, apabila saya melihat seorang wanita di dalam satu dokumentari, yang seolah-olah seperti dia mempunyai super amazing connection ketika solat. I did not feel like I had the same connection, and I freaked out. That is exactly what you should not do. Kamu seharusnya memikirkan apakah cara yang terbaik untuk diri kamu, dan bukan untuk orang lain. You need to figure out what that is, not me, kerana saya tidak tahu fikiran kamu dan apa yang mendorong kamu, bagaimana kamu melihat dan memahami sesuatu perkara, only you do.


Salah satu perubahan besar yang saya gunakan and found it helpful adalah menyamakan solat dengan my physical well-being. Some of you know, saya amat gemar bersukan, tetapi saya benar-benar tidak suka practice or working out, dan membuatkan jurulatih saya naik gila. Apa yang membuatkan saya menjadi atlet yang baik adalah dengan segala usaha that I put in. And guess what? Bukan sahaja prestasi saya dalam bersukan bertambah baik, malah I felt better about myself. Badan saya rasa lebih kuat, leaner, as if it had a purpose. Pakaian pula fit better, dan itu cukup membuatkan saya sangat gembira dan teruja.

Kemudian, dalam tempoh beberapa bulan selepas tu, I slacked going to the gym, a lot. Perasaan tidak berguna dalam diri mulai menjelma, kemurungan menjadi-jadi, I did not really do things, and I could not play to my abilities, pergerakan terbatas, dan suatu ketika dulu my body once felt like a purpose-built machine, it now felt like jello. Disebabkan it just was easier to not work out, because I felt bad, so saya hanya duduk saja tanpa melakukan apa-apa, less productive work, I vegetated, ia adalah satu kitaran yang berterusan. Being lazy was awesome, because of the mental state that I had. 

Walaubagaimanapun, pada hari pertama sekembalinya saya ke gym, which I somehow stumbled into, started me back on the right track. Saya rasa lebih baik keesokan harinya, that soreness, that burn, ia terasa sangat hebat.

Jadi, mengapa saya berkongsi kesemuanya ini? Because I thought my prayer the same way. Dengan menunaikan solat di awal waktu, saya telah menerapkan disiplin di dalam diri saya sendiri, it was something I did not for myself, tetapi untuk menunjukkan kepada Allah that I was dedicated and that dedication to prayer provided the same sort of discipline and sharpness to my life that working out did for my body. Apabila saya menyedari bahawa my physical well-being influenced my emotional state of mind, dan kekuatan mental saya would push me to maintain my physical body, saya mula melihat semua perkara tersebut saling berkaitan.

Jadi, sekiranya kamu mahu mengerjakan sesuatu ibadah itu semata-mata kerana Allah, you have to break down and deconstruct what that love means, dan paling pentingnya, bagaimana kamu memahami cinta itu. 

I gave you my perception of things, dan persepsi saya adalah dengan mengikuti ajaran Allah saya memperbaiki diri, dan mengerjakan solat itu adalah salah satu cara menunjukkan kepada Allah bahawa kita menghargai segala apa yang telah diberikan oleh-Nya kepada kita, and that prayer helps discipline me.

Jadi nasihat terbaik yang boleh saya berikan pada kamu adalah, to figure out what "method" and what "perception" yang akan memastikan kamu sentiasa mengerjakan solat without fail, dan memahami dengan lebih mendalam tentang diri sendiri, rather than membandingkan what you think prayer "should be" to what others think, dan hanya membuat perkara yang boleh dan akan memberi manfaat pada kamu.

Post scriptum: La tataharraku zaratin illa bi iznillah. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.
Image via Google

1. Kenalpasti jenis merajuk. The sulker atau si perajuk boleh jadi lelaki atau perempuan; mereka ini cenderung menyelesaikan konflik dengan cara avoiding it and hiding away somewhere ataupun buat muka. Beberapa tanda merajuk termasuklah:
  • Memencilkan diri
  • Tiada keinginan untuk bercakap dengan anda all day/night/whenever specified period they feel is appropriate
  • Kelihatan atau berperangai seperti keanak-anakan; mencebik, mengeluh, lengan dilipat, mungkin juga ada stomp here and there
  • Sikap yang dingin dan enggan untuk membalas perasaan dan kasih sayang anda
  • Cuba untuk meletakkan sesuatu objek (seperti surat khabar/buku, a crossword puzzle, etc.) between themselves and you supaya mereka boleh terus mengabaikan kamu, walaupun di khalayak ramai
  • They defrost momentarily apabila seseorang datang dekat pada mereka, but you still get the sulks thrown your way. They return to total frostiness the moment the other person di luar jarak penglihatan mereka. Tanda yang terakhir ni is a true warning signal - si perajuk can switch the charm on and off like that.
2. Jangan ambil hati. Apa yang berlaku adalah Mr. or Ms. Sulky cuba untuk membuat anda take the responsibility bagi ketidakmatangan emosi mereka. Malangnya, jika anda risau dan bimbang akan mereka, they have won and they have learned that mereka boleh mengulanginya lagi. Sebaliknya, cuba lihat ia sebagai satu issue of their hurt self being unable to reconcile with itself and taking it out on you, trying untuk melempiaskan kesemua ketidakmatangan emosi mereka kepada anda and leave you feeling bad. Sekiranya anda rasa tiada keperluan pon untuk memberi tindakbalas pada isu tersebut but the need to wait out their rudeness, it will be much better for you.


3. Don't put up with it dengan bertindakbalas dengan cara memenuhi segala permintaan mereka, assuaging, and sucking up to. Lebih banyak anda bersabar dengan mereka, the more it is you who walks on eggshells around these people. Instead of kita yang berkejar-kejar after them apologizing for existing, sila cuba perkara berikut:
  • Abaikan apa yang sedang berlaku dan jalani aktiviti harian anda seolah-olah tiada apa pon yang berlaku. As said in the previous step, if you do not take it to heart, this will be much easier to do
  • Mengharapkan si perajuk take responsibility for their emotions while you take responsibility for yours
  • Mengharapkan si perajuk menghormati kehadiran anda di dalam hidup mereka. They are being rude by rejecting you, berkelakuan dingin, dan cuba untuk mengawal anda untuk memenuhi segala keinginan. Ini menandakan an enormous lack of respect and that is no basis for a loving relationship.
Just do something that makes you happy. Adalah lebih baik menggembirakan diri sendiri daripada sibuk memikirkan perasaan si dia kerana saya pasti almost 80-90% perajuk memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. So let them be for thyself alone...
Anyways, sekiranya ada tips memujuk lain yang korang ingin kongsikan, silalah tinggalkan komen di bawah ini.
Image via Google